Meta yang dahulunya dikenali sebagai Facebook kini menunjukkan kemerosotan prestasi yang ketara dengan nilai saham yang turun mendadak. Hal ini kerana dilaporkan sebelum ini bahawa Facebook mengalami penurunan jumlah pengguna harian aktif pada saban hari serta jumlah penyertaan pengguna baru tidak diterima seperti yang diharapkan.

Malah, Mark Zuckerberg juga dilaporkan telah melaburkan sejumlah wang besar kepada idea dunia metanya yang sekaligus memberi kesan kepada pertumbuhan pendapatan tahunan syarikat. Disebabkan harga saham yang menurun pada saban hari ini jugalah telah mendorong kepada nilai kekayaan Mark Zuckerberg turut menurun.

Sumber Gambar: The Wrap

Mark Zuckerberg mempunyai pegangan saham syarikat Meta sebanyak 14.2% dan masih menduduki 10 tangga teratas manusia terkaya dunia sebelum ini. Setakat artikel ini ditulis, Mark Zuckerberg dilaporkan mempunyai nilai kekayaan $77.8 bilion (~RM325.9 bilion) yang sekaligus hanya menduduki tangga ke-14 berbanding sebelumnya.

Sumber Gambar: Forbes

Sementara itu, individu paling berpengaruh dunia seperti Elon Musk menduduki tempat pertama dengan nilai kekayaan $239.3 bilion (~RM1 trilion), diikuti pula Jeff Bezos di tempat ke-3 dengan nilai kekayaan $187.3 bilion (~RM769 bilion) serta  Bill Gates di tempat ke-4 dengan nilai kekayaan mencecah $132.6 bilion (~RM555 bilion) dan dilihat masih menduduki carta lima teratas.

Selain itu, anda juga mungkin berminat untuk mengetahui telefon pintar yang digunakan oleh individu berpengaruh di dunia ini.

5 Telefon Pintar Yang Digunakan Oleh Usahawan Teknologi Terkemuka Dunia

Tim Cook Akui Mempunyai Pegangan Dalam Kriptowang Bagi Tujuan Pelaburan

Sumber